Rabu, 9 September 2015

SNOWY COTTON CHEESE CAKE & MOIST CHEEZY CARROT CAKE



Saya budak baru belajar,

Suami izinkan pergi belajar buat kek



Alhamdullilah selesai …
KELAS SNOWY COTTON CHEESE CAKE & MOIST CHEEZY CARROT CAKE….
Website: www.kekcawan.com.my
WhatsApp: 019 4774 566
Lokasi: Sg Tangkas, Kajang. 5 minit dari stesen komuter UKM Bdr Baru Bangi

http://www.kekcawan.com.my for more info... :)

Hari Malaysia

Hari Malaysia

disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia danFilipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di 
negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Pada tahun ini Hari Malaysia jatuh pada 
16.09.2015 hari Rabu. Yeay cuti...


Kemerdekaan Malaysia

SEJARAH MERDEKA
TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.
MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAANMenyorot kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu pertama yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa yang berdaulat.Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat pemberontakan komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta.Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui peristiwa seperti kronologi berikut:KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka
21 Mac 1956

Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.



Selasa, 18 Ogos 2015

Hidung kerap berdarah

Berdarah Hidung
Isu ini sering menghantui saya dan keluarga.
Daripada Ayah saya, saya sendiri , anak sulung saya dan sekarang anak bongsu saya.
Kami semua mengalami masalah yang sama kerap mengalami hidung berdarah.
Pengalaman saya hidung berdarah yang saya alami tidaklah serius. Apabila hidung saya berdarah ia cepat membeku. 
disini saya ada google sedikit maklumat dan saya faham sekarang.
Tak perlu risau, perlu risau jika darah terus mengalir tanpa henti. 
Jika ini terjadi eloklah cepat cepat berjumpa Doktor.

Ini Ayah saya
 Abang Long



Abang Chu



Ada banyak punca lazim yang menyebabkan hidung berdarah, seperti:
  • Salur darah dalam hidung yang sangat sensitif — Ia pecah dan berdarah dalam cuaca panas serta kering.
  • Jangkitan — termasuk jangkitan pada hidung, tekak atau sinus
  • Selesema dan flu
  • Alahan (seperti pada kutu habuk atau alahan rinitis)
  • Hidung terhantuk/trauma
  • Kehadiran benda asing dalam hidung (contohnya apabila kanak-kanak memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka; biasanya manik)
  • Tekanan keterlaluan (biasanya berlaku serentak dengan sembelit)
  • Penggunaan sesetengah jenis ubat (seperti ubat anti keradangan atau semburan hidung)
Antara punca yang jarang berlaku tetapi masih boleh menyebabkan hidung berdarah:
  • Kehadiran benda asing atau polip dalam hidung
  • Gangguan atau masalah kesihatan berkaitan darah – Masalah pencairan darah
  • Perkembangan vaskular yang tidak sempurna
  • Ketumbuhan dalam saluran hidung dan tekak
Kaedah merawat asas kepada pendarahan hidung:
  1. Bernafas seperti biasa TETAPI menggunakan rongga mulut. ELAK bernafas melalui hidung
  2. JANGAN menghembus udara kuat melalui hidung
  3. Jangan banyak bercakap, batuk dan bersin. Ini akan mengganggu proses pembekuan Pada pembuluh darah
  4. Duduk atau berdiri dengan kepala sedikit ke hadapan
  5. JANGAN baring
  6. Beri tekanan dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari di bahagian pertemuan rawan hidung dan tulang. Tekanan diberi di bahagian rawan.
  7. Beri tekanan secara berterusan selama 10 minit
  8. Peringatan: Jangan asyik memeriksa sama ada pendarahan sudah berhenti dengan mengalihkan jari. Untuk menghentikan pendarahan, darah perlu menjadi beku dan ia mengambil sedikit masa. Alih perhatian anak dengan menyuruhnya membaca atau menonton televisyen.
  9. Sentiasa pastikan rongga pernafasan tidak ada gangguan atau objek yang menghalang pernafasan. Dalam kes ini rongga pernafasan hidung sudah tidak berfungsi dengan baik. Pernafasan hanya bergantung kepada rongga mulut.
  10. Pastikan tiada sekatan pakaian atau objek luar dibahagian leher.
  11. Jika pendarahan berterusan. Perlu mendapat rawatan lanjut.
  12. Apabila pendarahan berhenti, pastikan anak tidak cuba mengorek atau menghembus nafas dengan kuat (untuk mengeluarkan sisa darah) dalam tempoh 24 jam. Malah dalam tempoh itu anak anda perlu berehat dan tidak sepatutnya berlari ke sana sini atau terbabit dalam permainan lasak untuk mengelak pendarahan berulang.
Cara untuk mengelakkan hidung berdarah kembali:-
  1. Banyakkan minum air suam bagi memastikan badan sentisa sejuk dan tidak terhidrat.
  2. Jangan sesekali menghembus hidung terlalu kuat. Takuti akan menyebabkan hidung berdarah, luka kembali. Mudah terjadi apabila seseorang itu bersin terlalu kuat.
  3. Sekiranya mendapati hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang tajam dan terlalu dalam. Perlu berhati-hati sebaiknya gunakan pelembab atau minyak bayi bagi membersihakn rongga hidung.
  4. Kemungkinan juga seseorang itu ada mengambil ubat-ubatan yang mengandungi aspirin, warfarin atau ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs).
  5. Ibu bapa harus perhatikan tingkah anak yang mengalami masalah hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa sebenarnya boleh menyebabkan luka bila hidung dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak.
  6. Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mendapati tanda-tanda seperti:-
  7. Apabila darah dalam hidung mengalir terlalu laju atau kehilangan banyak darah dalam beberapa saat. Berasa hendak pitam atau pengsan.

    Sumber 
    Dr. Zaki Ibrahim. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Perubatan di The University of Adelaide dan Fellowship of General Practitioner dari Royal Australian College of General Practitioner. Menimba pengalaman berkerja di hospital sekitar Adelaide selama 3 tahun sebelum melanjutkan pengajian ke kursus kepakaran dalam Family Medicine di bawah Royal Australian College of General Practitioner. Kini berkerjaya sebagai Medical Practitioner Specialist di Elizabeth, South Australia.

Selasa, 23 Jun 2015

Nikmat Iftar di Shah Alam Convention Centre

Nikmat Iftar di Shah Alam Convention Centre

SACC menghidangkan lebih daripada 120 juadah Ala Nusantara dalam Bufet Ramadan Nikmat Iftar.

Jemputlah datang kesini:




Khamis, 18 Jun 2015

Erti Syukur


https://youtu.be/TLrw4lr13qc



#Syukur Rewards
Bukankah ini mesej yang elok disebarkan? Jom sebarkan kesyukuran ke seluruh Malaysia, dan anda mungkin menerima hadiah!

1. Luahkan perasaan anda tentang perkara yang paling anda syukuri dan kongsi video ini. 
2. Sertakan #Syukur dan #Dettolmalaysia (agar kami senang cari anda!).
3. ‘Posting' kegemaran kami akan diberi hadiah berupa hamper Dettol bernilai RM50.
4. Peraduan tamat pada 19 Julai 2015.

#Syukur Rewards tertakluk kepada

Rabu, 17 Jun 2015

Fabulousmom


JOM SHOPPING RAYA ...

http://www.fabulousmom.com

saya sudah beli online anda bila lagi

ni linknya http://www.fabulousmom.com

Selamat Berpuasa

Puasa dalam agama Islam


Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. 
Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. 
Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Ramai juga orang di zaman moden ini yang berpuasa atas sebab-sebab kesihatan, sama ada untuk menjalani pemeriksaan/pembedahan atau untuk menyihatkan badan.
Satu contoh yang utama ialah apabila pesakit dikehendaki berpuasa selama beberapa jam sebelum menjalani pembedahan atau prosedur-prosedur yang memerlukan penggunaan ubat bius. Ini kerana makanan di dalam perut boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius itu. Satu lagi contoh ialah apabila menjalani sesetengah pemeriksaan kesihatan, biasanya kita akan diminta berpuasa supaya garis dasar (baseline) dapat dikenal pasti.
Ada juga orang yang berpuasa sebagai salah satu cara berdiet. Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia berkesan. Namun, mereka mungkin masih mengambil makanan sihat, seperti jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran.
Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari-hari tidak berpuasa memberikan kawalan insulin yang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.
Ini adalah kerana badan manusia menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lapisan lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu protein yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuk bergantung dengan asid lemak, tetapi otak dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah hampir habis, badan manusia mula menghasilkan ketone bodies (acetoactate, hydroxy-butyrate, and acetone) daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, para doktor amat menggalakkan pemakanan yang berkhasiat sahaja apabila hendak berpuasa.
Selain itu, terdapat beberapa lagi kebaikan berpuasa untuk kesihatan, seperti:
  1. memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
  2. menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
  3. mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang.




hahaha Model Iklan mama pagi tadi tersashul termakan wafer stick semasa nak pergi sekolah.
dialoq
mama: Bila ternampak abang tengah makan... Aik abang tak puasa ker?
Abang: Alamak lupa......
mama: Ha... takpa.. (terus ambik wafer tu dan simpan) .. hahaha.
kesian... lupa pulak anak mama nih...



Khamis, 11 Jun 2015

PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH

PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH
Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.
Selamat mencuba

kek coklat lembab

Saya suka buat kek
saya belajar buat kek pada umur 14 tahun,

macam-macam pengalaman ada.

disini saya nak kongsi kek yang selalu saya buat

Kek Coklat Lembab

bahan bahan (A)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula ising
1 cawan minyak jagung
1 cawan serbuk koko

masak atas dapur dengan nyalaan api yang perlahan dan sejukkan

bahan B

1 1/2 cawan tepung kek
4 biji telur

cara membuatnya

pukul telur, masukkan didalam bahan A dan seterusnya masukkan tepung. kacau sebati

masukkan di dalam loyang dan kukus lebih kurang 45 hingga masak.

selamat mencuba sedap.


Jom try... Sedap...





World Kitchen’s exclusive

Let’s all welcome Rosabelle, the newest addition to the Corelle Family. Like all Corelle dinnerware, Rosabelle brings with it a promise of durability and style. Interested to know more about Rosabelle or where to get one for yourselves



In addition to its exceptional durability and design, Corelle products are offered in a variety of different shapes and sizes. All meant to serve your purpose of perfect dining.





The sun is out, the birds are chirping. Looks like a beautiful day to have a picnic outside. Your Daisy Field will instill a refreshing appeal of blooming daises, a classic icon for love, beauty and innocence, to any dining setting.



I like all the design.

http://www.worldkitchenasia.com/

Selasa, 9 Jun 2015

Amalan-amalan berpantang selepas bersalin

Amalan-amalan berpantang selepas bersalin
http://s0.2mdn.net/1179829/pixel.gif
·         Berbengkung amalan utama
·         Urut-mengurut
·         Bertungku
·         Jamu
·         Lain amalan pantang

Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami.

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati yang beberapa amalan pantang-larang ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut.

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun dahulu. Elemen-elemen itu ialah tanah, yang bersifat kering; api, bersifat panas; udara, sejuk; dan, air, bersifat basah. Elemen-eleman ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.

Proses bersalin membuatkan tubuh ibu tidak seimbang. Kehilangan darah semasa bersalin membuat badan menjadi sejuk. Dikatakan pantang-larang Melayu, sekiranya diamal secara lengkap, iaitu mengurut, berbengkung, mematuhi larangan makanan, serta mengambil jamu dan herba, mujarab untuk mengembalikan tubuh badan wanita kepada keadaan sihat dan juga dapat mengimbangkan kembali elemen dalam badan.

Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkannya bagi membantu wanita desa.

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua pantang-larang sebab tiada keluarga dan masyarakat keliling untuk menyokong seperti kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Apabila ditanya empat orang wanita, hanya seorang daripada mereka, Nuri, 46 tahun, yang dapat melakukan semua amalan dengan lengkap dan sempurna. Hajar, 34 tahun, mengamalkan sebahagian besar daripadanya, manakala, Linda, 30 tahun, tidak melakukannya untuk sepanjang tempoh pantang. Suria, 42 tahun, yang melalui pembedahan caesarean tidak mengamalkannya langsung.

Lazimnya, hanya wanita yang mampu menempah bidan, atau pengasuh khusus atau mendapatkan emak sendiri menemani untuk 44 hari, yang dapat mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna. Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu.
Berbengkung amalan utama
Berbengkung merupakan amalan utama dan anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya sendiri seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu. Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung: bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak, bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas dan bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar sepanjang 15 meter dililit kemas dari pinggul sampai ke payudara

Baca lebih lanjut mengenai amalan bengkung.
Urut-mengurut
Berurutlah sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, ini akan:

• melancarkan perjalanan darah;
• mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung;
• menaikkan rahim;
• membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
• memecahkan lemak;
• mengetat dan membentuk tubuh.

Urutan di bahagian payudara juga melancarkan susu ibu dan ini disokong oleh pakar perubatan juga.
Bertungku
Sebelum berbengkung, wanita bertungku supaya rahim kecut dan darah beku keluar. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Biasanya, dikatakan bertungku juga:

• memecahkan lemak;
• mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
• mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.

Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.

Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga.
Jamu
Ibu baru disarankan memakan jamu serta herba panas seperti halia dan berpantang dari mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk". Anda tidak digalakkan memakan hidangan berminyak, dan ini akan membantu anda kembali kepada berat badan asal (baca lebih lanjut mengenai cara pemakanan yang boleh membantu anda kembali ke berat badan yang asal). Ibu baru juga dilarang meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:

• mengembalikan tenaga;
• memanaskan badan;
• mengeluarkan lemak dan toksin;
• dan, melawaskan ke bilik air.

Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut. Mengikut Datin Sharifah Anisah, apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan.

Anda boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Anda juga boleh menempahkannya khas dari bidan kampung. Jamu NR popular di Malaysia di samping Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat. Nyonya Maneer dan Mustika Ratu dari Indonesia juga digemari.

Hajar juga amat tekun mengamalkan jamu sepanjang pantang. Katanya, “Apabila saya kembali bekerja setelah cuti bersalin, semua kawan-kawan mengatakan tubuh saya langsing dan muka saya kelihatan berseri-seri." Linda dan Nuri juga melaporkan bahawa ramai rakan sejawat, lelaki dan perempuan, mengatakan yang mereka kelihatan cantik, jelita dan langsing! Semuanya akibat jamu.
Mandi-mandian herba dan akar kayu
Ramai ibu baru juga bermandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah semasa dalam pantang. Ia akan mengembalikan kecergasan, membuangkan angin, menghilangkan bau hanyir dan merawat urat yang terputus.
Lain amalan pantang
Cucian untuk bahagian sulit wanita juga banyak digunakan dan bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal. Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.

Selain itu, minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.

Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.

Lain-lain amalan seperti berdiang, bertangas dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu moden sebab kekangan tertentu.

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR), kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.




Ahad, 24 Mei 2015

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.



Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.



Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

Khamis, 21 Mei 2015

Tips pelembut hati


 Tips Pelembut Hati


Untuk diri sendiri ; letak tangan kanan di atas dada iaitu di atas bahagian hati dan baca doa di bawah.
• Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis nafas dan lepaskanlah nafas.
Untuk orang lain ; ketika membaca doa letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang nak didoakan tersebut.
Atau dibacakan pada air untuk diberi minum kepada orang yang nak dilembutkan hati tersebut.
*Tambahan ; untuk lembutkan hati anak-anak, boleh air ini dibuat untuk memasak nasi atau dimasukkan dalam bahan masakan ibu
1. Baca surah Al-Fatihah ( Bismillah …)
2. Baca ayat 21 hingga 24 Surah Al-Hashr :-

3. Baca ayat 1 hingga 5 Surah Tohaa :-
4. Doa pelembut hati :

” اَللّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ كَ
مَا لَيَّنْتَ لِدَاوُدَ الْحَدِيْدَ “

Maksudnya; ( Ya Allah lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana kamu telah melembutkan besi bagi Nabi Daud As)
Yang penting ikhlaskan hati kita dan perbanyakkan doa dalam solat terutama semasa waktu sujud.

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

My kids






































Muhammad Nasrullah bin Hairi




 Muhammad Nafis Syarifullah bin Hairi


Auni Nabilah binti Hairi

Muhammad Alif Al Amin bin Hairi