Tips Pelembut Hati
Untuk diri sendiri ; letak tangan kanan di
atas dada iaitu di atas bahagian hati dan baca doa di bawah.
•
Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis nafas dan lepaskanlah nafas.
Untuk
orang lain ; ketika membaca doa letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian
hati orang yang nak didoakan tersebut.
Atau
dibacakan pada air untuk diberi minum kepada orang yang nak dilembutkan hati
tersebut.
*Tambahan
; untuk lembutkan hati anak-anak, boleh air ini dibuat untuk memasak nasi atau
dimasukkan dalam bahan masakan ibu
1.
Baca surah
Al-Fatihah ( Bismillah …)
2. Baca ayat 21 hingga 24 Surah Al-Hashr :-
3. Baca ayat 1
hingga 5 Surah Tohaa :-
4.
Doa pelembut hati :
”
اَللّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ كَ
مَا
لَيَّنْتَ لِدَاوُدَ الْحَدِيْدَ “
Maksudnya;
( Ya Allah lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana kamu telah melembutkan besi
bagi Nabi Daud As)
Yang
penting ikhlaskan hati kita dan perbanyakkan doa dalam solat terutama semasa
waktu sujud.
“Ya
Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan
dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha
Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan
saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka
takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di
dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku,
dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu
daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang
baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu
itu.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan