Rabu, 29 April 2015

Skyrides Festivals Park, Putrajaya ‪#‎Skyrides

Taman tema berorientasikan kekeluargaan Skyrides Festivals Park, Putrajaya ‪#‎Skyrides‬ yang bertempat bersebelahan Monumen Alaf Baru, akan dibuka kepada orang ramai mulai 1 Mei 2015. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Skyrides merupakan taman tema keluarga untuk pengunjung tempatan dan luar negara; dan bakal menjadi destinasi pelancongan ikonik yang baru dalam kempen pelancongan Malaysia Year of Festivals ‪#‎MyFest‬2015. Ia dibuka setiap hari sepanjang tahun dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Di Skyrides, pengunjung berpeluang menikmati keseronokan berada di awangan dengan ketinggian 120 meter di Skyrides Balloon; belon helium bertambat yang pertama dan terbesar di Malaysia. Di dalam gondola belon, orang ramai boleh menikmati keindahan dan keunikan senibina bangunan serta landskap di pusat bandar raya pintar dalam taman Putrajaya.
Aktiviti lain yang menarik di Skyrides termasuk SkyWarrior Rainforest Challenge untuk mereka yang menggemari permainan cabaran. SkyKids pula merupakan galeri khas untuk kanak-kanak berseronok. SkyGallery dan SkyDemo adalah sesuai untuk semua peringkat umur yang meminati kesenian dan kraftangan, di mana orang ramai boleh belajar membuat rekaan seni sendiri.
Bagi yang meminati hiburan muzikal atau yang ingin menghilangkan lelah setelah seharian bekerja bolehlah berkunjung ke bahagian SkyStage yang menyediakan platform hiburan bermuzikal. Setelah seronok berhibur atau sementara menunggu aktiviti lain yang terdapat di Skyrides, pulihkan tenaga dengan menikmati makanan di SkyTaste iaitu gerai-gerai makanan yang menghidangkan juadah yang sesuai untuk seisi keluarga. SkyCruise pula menawarkan pengalaman indah menyusuri Tasik Putrajaya sambil menghirup udara yang segar.
Jadikan Skyrides Festivals Park Putrajaya sebagai destinasi percutian sekeluarga yang pasti menjanjikan kepuasan. Alami keseronokan seolah-olah berjalan di udara sambil menikmati keindahan panorama Putrajaya. Masuk adalah PERCUMA, bayaran hanya dicaj untuk menaiki Skyrides Balloon dan SkyWarrior, serta pembelian makanan dan sebagainya.









Jom bergumbira  bersama-sama
Throwback Bandung...

Pada 17-30 Mac 2015 yang lalu . kami sekeluarga pergi berjalan ke Bandung.

Bawa Mak, Ayah dan Alia.

flight pukul 8.30 ke bandung 16/3.. delay ke 9.30 malam. sampai ke Kota Bandung Jam 10.30 waktu BAndung. Beza masa Bandung dan KL ialah 1 jam.

Saya dapat sewa  Apartment 2 bilik di Chihampelas. 4 hari 3 malam RM450.

kira okla ... boleh masak....

ini link nya

http://www.booking.com/hotel/id/apartment-jardin-cihampelas-a0117.html?aid=339530;label=review_am;sid=5bea73f30f4f6f102a12cb22ddaa049c;dcid=1;dist=0&rid=833952060&tab=4&type=total&




Kopi Luwak Cikole

ermmm sedap jugak

35,ooo Rupiah secawan.

Selasa, 28 April 2015

Penapis Air

Tak kiralah nak pasang penapis air berjenama  apa.
Janji setiap isi rumah perlu ada. 



Yang halal dan senang dikendalikan
Ini untuk kepentingan anak-anak. Kesihatan keluarga kita.

Diamond Master Filter..

Belum pun sampai setahun pasang kain  filter .

inilah hasilnya.

kekotoran yang sangat tebal.

Patutlah air perlahan..

Apa -apa pun syukur encik hubby menyarankan pasang tapis air 8 tahun dulu.



Ahad, 26 April 2015

aunichipsmore...Jom Lihat video ni...

Gempa bumi 7.9 Richter gegar Nepal

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49749





Sudah April 2015

Masa begitu pantas berlalu.
Umurku pada tahun ini sudah 36 tahun.
Anak sudah 4. Alhamdulillah.

kerja...kerja... kerja
selagi tak tutup mata...
kenalah kerja kan.


Ada laman blog tapi jarang nak update.

bukan apa sibuk.

lagipun tak suka sangat nak update cerita-cerita peribadi.

Tak apalah nanti adalah tu perubahan.  he3...