Rabu, 29 April 2015

Skyrides Festivals Park, Putrajaya ‪#‎Skyrides

Taman tema berorientasikan kekeluargaan Skyrides Festivals Park, Putrajaya ‪#‎Skyrides‬ yang bertempat bersebelahan Monumen Alaf Baru, akan dibuka kepada orang ramai mulai 1 Mei 2015. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Skyrides merupakan taman tema keluarga untuk pengunjung tempatan dan luar negara; dan bakal menjadi destinasi pelancongan ikonik yang baru dalam kempen pelancongan Malaysia Year of Festivals ‪#‎MyFest‬2015. Ia dibuka setiap hari sepanjang tahun dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Di Skyrides, pengunjung berpeluang menikmati keseronokan berada di awangan dengan ketinggian 120 meter di Skyrides Balloon; belon helium bertambat yang pertama dan terbesar di Malaysia. Di dalam gondola belon, orang ramai boleh menikmati keindahan dan keunikan senibina bangunan serta landskap di pusat bandar raya pintar dalam taman Putrajaya.
Aktiviti lain yang menarik di Skyrides termasuk SkyWarrior Rainforest Challenge untuk mereka yang menggemari permainan cabaran. SkyKids pula merupakan galeri khas untuk kanak-kanak berseronok. SkyGallery dan SkyDemo adalah sesuai untuk semua peringkat umur yang meminati kesenian dan kraftangan, di mana orang ramai boleh belajar membuat rekaan seni sendiri.
Bagi yang meminati hiburan muzikal atau yang ingin menghilangkan lelah setelah seharian bekerja bolehlah berkunjung ke bahagian SkyStage yang menyediakan platform hiburan bermuzikal. Setelah seronok berhibur atau sementara menunggu aktiviti lain yang terdapat di Skyrides, pulihkan tenaga dengan menikmati makanan di SkyTaste iaitu gerai-gerai makanan yang menghidangkan juadah yang sesuai untuk seisi keluarga. SkyCruise pula menawarkan pengalaman indah menyusuri Tasik Putrajaya sambil menghirup udara yang segar.
Jadikan Skyrides Festivals Park Putrajaya sebagai destinasi percutian sekeluarga yang pasti menjanjikan kepuasan. Alami keseronokan seolah-olah berjalan di udara sambil menikmati keindahan panorama Putrajaya. Masuk adalah PERCUMA, bayaran hanya dicaj untuk menaiki Skyrides Balloon dan SkyWarrior, serta pembelian makanan dan sebagainya.









Jom bergumbira  bersama-sama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan