Rabu, 23 November 2016

EKZEMA

PENYAKIT KULIT EKZEMA, PSORIASIS &  RAWATAN SEMULAJADI CARA NABI MUHAMMAD SAW
Penyakit kulit ada berbagai jenis. Ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteiria , virus dan kulat seperti kudis buta, kudis api, kurap, panau dan campak.
Penyakit Kulit Psoriasis
Slide1
Penyakit Kulit Psoriasis
Psoriasis disebabkan oleh pengubahsuaian sistem imun seperti alahan, reaksi hipersensitif, resdung, ekzema, psoriasis yang juga dipanggil ‘penyakit autoimun’. Penyakit autoimun ini ada kaitan dengan masalah dlm darah.
Formulasi gabungan Tanah liat dan Air Galian semulajadi ‘TURBATU-ARDHINA’ adalah rawatan cara nabi dalam Kitab Perubatan Nabi SAW berkesan untuk merawat kedua2 jenis penyakit kulit samada yg disebabkan jangkitan kuman (kudis buta, kudis api, campak) atau penyakit autoimun (ekzema, psoriasis, alahan, resdung). Lihat di bawah cara perawatan nabi ini.
Ekzema Dan Rawatan Semulajadi Cara Nabi
Eczema juga di sebut “Dermatitis” adalah istilah kepada beberapa jenis penyakit atau masalah radang kulit yang tidak ‎menyelesakan, samada radang tersebut dalam bentuk kulit kering, panas, berkuping, lebam, ‎kasar, menebal, kemerahan, gatal-gatal sehingga kulit sangat terdorong untuk di garu, kian di garu kian luka, berair dan ‎seterusnya berdarah, dan sekiranya tidak di rawat akan bernanah
Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.  Eczema boleh berlaku pada semua peringkat usia. Eczema tidak pula berjangkit. Dengan penjagaan dan perawatan kulit yang rapi, betul dan mengikut cara Nabi kita, terutama pada bahagian yang selalu timbul radang kulit, ‎eczema boleh dikurangkan malah disembuhkan. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih jika melalui rawatan semulajadi cara nabi yang selamat dan berkesan insyaALLAH.
ECZEMA  ‎|‎  JENIS-JENIS  
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.  Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
  1. Eczema (Dermatitis)
Slide2
Sejenis penyakit autoimun yg menunjukkan simtom keradangan kulit spt gatal-gatal, kulit kering, kulit bersisik, kemerahan, ruam, keluar cecair yg bersifat acrid (gatal, panas & menyakitkan). Penyakit ekzema melalui beberapa peringkat jika rawatan supressive digunakan dlm tempoh yg lama :
  1. Kulit kemerahan berbintik-bintik spt ruam. Peringkat permulaan ekzema ini lebih mudah dirawat & lebih cepat sembuh walaupun kawasan kulit yg terkena ekzema agak besar. Krisis pemulihan jika berlaku pun, sedikit, ringan & cepat reda. Lebih-lebih lagi jika ia belum pernah menggunakan sebarang ubat kimia yg kuat & bersifat suppressive ( krim, suntikan, steroids).
  1. Kulit semakin menebal, keras dan kering. Warna bertukar semakin gelap. Ini disebabkan penggunaan krim & ubat suppressive lain yg kerap yg menekan simtom ekzema. Pesakit sering menganggap ekzema sudah sembuh kerana tiada lagi kemerahan pd kulit dan gatal berkurangan. Tetapi ekzema timbul di kawasan baru pula biasanya semakin naik keatas bahagian badan. Jika diberi rawatan non-suppressive, ekzema akan timbul balik pada bahagian yg berparut hitam tadi. Ini dipanggil krisis pemulihan dimana kesan toksik drp ubat suppressive dan ekzema yg ditekan cuba ditolak keluar oleh tubuh melalui kulit ke permukaan luar. Ini adalah satu mekanisma semulajadi badan dlm merawat penyakit ekzema & penyakit autoimun lain.
Selepas habis kesan suppression ubat ekzema, simtom mula reda, pemulihan tisu kulit berlaku sehingga menghilangkan kesan parut ekzema tersebut. Tisu kulit & warnanya menjadi normal selepas beberapa waktu.
  1. Kulit berkenaan menjadi kehitaman akibat suppression yg berterusan drp ubat kimia (sapuan & ubat makan), krim, suntikan, steroids, anti-histamin. Ia sangat gatal sehingga boleh menyebabkan luka akibat digaru dgn kuat. Tidur selalu terganggu. Ekzema berasa panas dan sangat gatal terutama waktu malam semasa tidur. Cecair bisa (akrid) yg gatal, panas & menyakitkan boleh keluar drp kulit berkenaan. Rawatan non-suppressive akan menyebabkan krisis pemulihan yg agak teruk dan melalui tempoh yg lebih lama.
Sebab itu kawalan dos dan frekuensi rawatan non-suppressive yg minimum perlu dijalankan. Pesakit dinasihati sentiasa minum air beralkali dan mengambil makanan wholefoods yg kurang berasid utk mempercepatkan krisis pemulihan. Buat masker keatas ekzema menggunakan tanah liat yang bersifat sejuk untuk memulihkan dgn lebih cepat.
Bagi wanita yg menggunakan produk kosmetik & personal care dlm masa yg lama (bertahun-tahun) juga boleh menimbulkan penyakit ekzema yg teruk pada bahagian muka & anggota yg menggunakan produk kosmetik tersebut. Jika dirawat dgn rawatan non-suppressive, krisis pemulihan yg teruk boleh berlaku pd bahagian tersebut. Muka boleh jadi kemerahan & bengkak, sakit berdenyut, panas, gatal, rasa ketat / cekang..
Punca dalaman adalah dalam darah pesakit eczema & psoriasis yg menyebabkan perubahan sistem imun. Bahan allergen akan merangsang sistem imun utk bertindak balas dan menyerang sel sendiri yg menyebabkan radang. Sistem imun terlalu sensitif dan bertindak balas secara berlebihan sehingga ia tak kenal sel dirinya sendiri. Ini menyebabkan eczema yg dialami semakin teruk selepas terdedah kpd bahan allergen. Darah kotor dan kimia menyebabkan reseptor pada sel berubah sehingga menyebabkan sistem imun mengenal ia sebagai benda asing. Lalu ia menyerang sel dan tisu dirinya sendiri. Kita cuba betulkan darah, sistem imun dan detoksifikasi tubuhnya. Bila sihat , kita boleh hadapi faktor luaran tanpa menjejaskan kesihatan tubuh kita insyaallah.
Berikut adalah beberapa jenis eczema. Gejala-gejala eczema hampir sama semuanya. ‎Puncanya mungkin berbeza.
‎‎‎●‎ Dermatitis Sentuhan/Contact Dermatitis. Eczema jenis ini timbul apabila kulit terlalu sensitif terhadap ‎sesuatu bahan yang tersentuh pada kulit, diiringi dengan sistem kekebalan tubuh yang bertindakbalas terhadap bahan tersebut. ‎Selalu timbul di tangan orang dewasa.
Terdapat 2 jenis: Jenis pertama, allergi terhadap sesuatu bahan, umpamanya terhadap logam nikel dalam bentuk ‎subang, gelang, rantai dsbnya. Eczema timbul secara perlahan apabila kulit seringkali bersentuhan ‎dengan bahan allergi tersebut. Jenis ke-2 lebih sering berlaku, eczema yang timbul apabila ‎setiap hari bersentuhan dengan benda seperti bahan pencuci atau bahan kimia, yang ‎mengakibatkan eczema. Boleh juga berlaku terhadap bahan-bahan lain seperti simen, wangi-wangian, bahan kosmetik, getah, krim ubat, pohon-pohon, juga sinaran matahari dsbnya.
Slide3Picture of irritant contact dermatitis
  • ‎ Eczema Pompholyx /dyshidrotic /Vesicular Palmoplantar Dermatitis/Eczema Surirumah). ‎Eczema jenis ini timbul pada telapak tangan, telapak kaki, dan di pergelangan jari-jemari tangan dan kaki. Bintik-bintik kecil, menebal, pecah-pecah dan diiringi dengan gatal-gatal, dan terlalu gatal di waktu malam. Jika eczema di tangan, menjadi lebih parah sewaktu cuaca panas.
Slide4‎ Picture of pompholyx on the hand
‎‎●‎ Discoid Eczema/Nummular Dermatitis/Eczema Mikrob. Eczema jenis ini timbul secara tidak di jangka, ‎dalam bentuk tompok kering sebesar wang syiling, berwarna kemerahan. Selalunya pada bahagian lengan atau bahagian ‎bawah kaki. Bentuk seperti kurap. Eczema ini gatal dan sangat terdorong untuk di garu sehingga mengeluarkan ‎cecair.

 Slide5
Picture of fungal infection of the hands (tinea manuum)
‎●‎ Neurodermatitis/Lichen Simplex Chronicus/Localized Scratch Dermatitis).Bahagian yang gatal ‎menjadi tebal, berpigmen yang disebabkan selalu di garu. Selalu berlaku hanya pada suatu bahagian ‎tubuh sahaja.
‎●‎ Autoeczematization/Autosensitization). Eczema jenis ini timbul dari tindakbalas sistem kekebalan tubuh terhadap ‎jangkitan parasit, kulat/jamur, bakteria atau virus. Ia dapat di rawat apabila terhapus kuman ‎yang menjadi penyebabnya.
  • ‎ Atopic Eczema. Atopic eczema ini dipercayai masalah kulit yang diwarisi, berkait-rapat ‎dengan faktor genetik. Sejenis eczema yang sering terjadi, dikaitkan dengan penyakit ‎lelah/asma bronchitis (sesak nafas, bersin, hidung berair, batuk-batuk, paru-paru banyak kahak) ‎dan juga hayfever (sesak nafas disebabkan rongga hidung tersumbat kerana berkahak).
Seseorang yang mengalami atopic eczema, terlalu sensitif kepada miang ‎halus atau “irritants” dari alam sekitar, sedangkan miang tersebut tidak pula menjejaskan kulit kebanyakan orang lain. Atopic ‎eczema timbul kerana tindak-balas dari sistem kekebalan tubuh yang bertindak menyerang ‎miang halus yang melekat di kulit sehingga menghasilkan radang kulit yang gatal. Gatal-gatal kadangkala sangat ‎menusuk kulit. Selalu timbul pada wajah, kulit kepala, leher, celah siku tangan, di ‎bawah lutut, dan juga buntut.
Tanda-tandanya: kulit kering seluruh tubuh, radang ‎kulit dan kadangkala membengkak. Garu-garu yang tak tertahan, berlansung dengan mudah ‎melukakan kulit, mendedahkan kepada jangkitan. Akibat dari radang eczema, kulit akan terkoyak, ‎tersiat, luka, dan berair.
Slide6Slide7.
‎‎●‎ Seborrhoeic Eczema. Terdapat 2 jenis:
Eczema pada bayi. Eczema yang timbul pada bayi di bawah usia 1 tahun. Secara ‎amnya, bermula di kulit kepala atau celah kelangkangan, berkuping warna kekuningan, kemudian kian merebak. Mungkin tidak mendatangkan keselesaan, tidak gatal dan tidak terlalu ‎menganggu bayi, mungkin kerana mereka terlalu kecil untk memberitahu. Selalunya eczema jenis ‎ini akan berkurangan dan hilang dalam beberapa bulan. ‎
Eczema pada orang dewasa. Orang dewasa berusia antara 20 – 40 tahun mudah mengidap eczema jenis ini. Secara ‎amnya, di kulit kepala terdapat kelamumur, mudah merebak ke wajah, rongga ‎telinga dan dada. Kulit bertukar menjadi merah, dan berkuping. Gejala ini dipercayai ‎berpunca dari pembiakan kulat/jamur.
‎●‎ Varicose Eczema/Venous Eczema/Gravitational Eczema/Stasis Dermatitis.Selalu berlaku pada orang dewasa 50 tahun ke atas. Eczema mudah timbul di ‎bahagian bawah kaki-kaki, disebabkan kurang lawas pengaliran ‎darah ke kaki. Eczema merebak di sekeliling kaki, berwarna kemerahan, bertompok, berkuping, dan sangat gatal untuk di garu. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, kulit akan pecah-pecah dan ‎mengeluarkan cecair dan bernanah.
‎ Herpetiformis/Penyakit Duhring. Amat gatal terutama di waktu malam. Timbul pada lengan, paha, lutut, ‎dan bahagian bawah lutut. Eczema ini dikaitkan dengan penyakit atau masalah usus.
‎‎‎ Lain-lain Jenis Eczema. Terdapat banyak lagi jenis-jenis eczema yang disebabkan oleh jangkitan virus, akibat dari kesan penyakit, dari pengambilan ubat-ubatan, bahan makanan yang tidak seraksi, kekurangan atau lebihan vitamin atau zat gizi, atau bahan kimia. Ada juga eczema yang sangat jarang berlaku dan sangat samar sebab-musababnya.
Slide8Picture of xeroderma (dry skin) on the knuckles
PUNCA-PUNCA EKZEMA :
  • Vaksin yg diterima sewaktu bayi, kanak-kanak, remaja. Vaksin mengandungi ampaian antigen (biasanya protein) pathogen spt virus , bakteria yg telah dilemahkan (nyahaktif) , tapi boleh merangsang sistem imun bertindak balas. Vaksin adalah punca utama penyakit autoimmune iaitu ekzema, hypersensitive reaction, alahan kpd kebanyakan pesakit. Rangsangan vaksin terhadap sistem imun yg berlebihan {over-react}, sehingga sistem imun menyerang tisu & sel sendiri yg menyebabkan radang kulit, kemerahan & gatal.
Simtom eczema ini boleh terjadi dgn segera selepas disuntik vaksin dlm beberapa hari sahaja.. Ada juga pesakit mendapat eczema atau alahan selepas beberapa tahun vaksin disuntik. Adakah vaksin boleh mengubah genetik sel-sel sihat?? Banyak teori, pandangan telah diutarakan berdasarkan banyak penyakit baru yg timbul yg sebelum ini jarang dilihat. Banyak kes yg berlaku selepas beberapa tahun suntikan vaksin diterima spt ekzema, alergi, reaksi hypersensitive, asthma, kelemahan sistem imun, psoriasis, jangkitan kuman, pelbagai penyakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang, rentak jantung yg tak stabil (arrythmia), pelbagai sindrom, kelainan tingkah-laku, hyperaktif, depresi malah diabetes dan darah tinggi. Walaupun tiada bukti klinikal, statistik yg meningkat setiap tahun cukup membuktikannya. Jadi hubungan vaksinasi dgn perubahan genetik sel (mutasi DNA) sangat tinggi. Apabila terdedah dgn faktor risiko yg minimum yakni bhn allergen, simtom penyakit ekzema pun timbul, yg sukar dirawat. Para doktor selalu mengaitkan ekzema, psoriasis, asthma, resdung, reaksi hypersensitif dgn faktor keturunan.
  • Ubat suppressive megadose (anti-biotik, hypoglycemic agent, chemical synthetic drugs).
  • Produk kosmetik, toiletries & penjagaan peribadi spt krim, losyen, syampu, gel mandian, sabun, UV cream, deodorant, intimate wash, losyen / gel pembersih muka & make up, anti-perspirant, hand lotion, perfume, sabun anti-septik, mouth-wash, anti-acne, krim pemutih, krim pelembab, firming toner dsb. Mengandungi pelbagai bhn kimia sintetik yg boleh menyerap ke dlm tisu kulit dan aliran darah, serta terkumpul dlm organ-organ. Diantaranya adalah SLS, SLES, paraben, PG, PEG, ethoxylated chemicals, TEA, DEA, MEA, formaldehyde, polysorbate, AHA, pelbagai surfactant, bhn pewangi sintetik, pengawet kosmetik, bhn aktif kosmetik (sintetik) dan beratus bhn kimia lain.
  • Aditif kimia sintetik dlm makanan spt pewarna, pengawet, perasa, emulsifier, kondisioner, stabilizer, anti-caking, pH adjustor.
  • Genetically modified organism (GMO): hasil pertanian, ternakan.
  • Caramel dlm makanan dlm biskut, coklat, konfeksioneri,. Bakeri
  • Racun pestisid dlm hasil pertanian, rendaman atau semburan anti-kulat dlm buah import
  • Ternakan komersial yg mengandungi vaksin, hormon, anti-biotik, GMO, steroids spt ayam daging, daging lembu, telur komersial, ikan ternakan komersial (keli, tilapia, patin).
  • Makanan protein berperam yg diproses secara tak hygenic spt budu, belacan, cencaluk, ikan jeruk masam, ikan rebus masam yg dijeruk.
  • Menggunakan sabun, losyen atau krim yang mempunyai kepekatan yang tinggi wangian atau perengsa lain. Sebaiknya menggunakan produk hypoallergenic seboleh mungkin.
  • Punca ekzema masih sebahagian besarnya tidak diketahui tetapi sesetengah jenis perengsa dan alergen luar memainkan peranan yang besar dalam mencetuskan ekzema. Makanan adalah salah satu daripada banyak perkara yang boleh mencetuskan flare-up ekzema. Pesalah-pesalah makanan yang paling biasa adalah susu, telur, kacang tanah, gandum dan soya.
RAWATAN CARA NABI  DALAM MENGUBATI PENYAKIT KULIT :
Formulasi Tanah Liat dan Air Galian Semulajadi
TURBATU-ARDHINA adalah penawar penyakit kulit warisan  cara nabi s.a.w. paling mujarab serta warisan nenek moyang turun temurun, dibuat daripada 100% white clay digabungkan bersama air galian semulajadi yang didijtihadkan oleh Tuan Guru Nik Mohd Nazimuddin(Mudir Madrasah Khairu Ummah merangkap YDP Pertubuhan Khairu Ummah) dan bebas dari steroid, ekstrak uri/haiwan, serta bahan kimia terlarang.
Ini fakta yang menyokong ijtihad kami dalam kitab Tib Nabawi(Perubatan Rasulullah SAW) karangan  Ibn Qayim: Dalam Sahih bukhari,Muslim diriwayatkan bahawa Aisyah ra berkata,”Jika seseorg mengadu mengenai kudis (penyakit kulit) atau luka, Rasulullah saw meletakkan jejarinya sambil membaca: maksudnya:”Bisimillah,tanah bumi kami dengan campuran air liur di kalangan kami,disembuhkan orang sakit di kalangan kami dengan izin Tuhan kami.”
Sifat dan Tindakan Tanah Liat :
Kata Ibn Qayyim:” Ini adalah rawatan yang mudah&manfaat untuk berbagai kudis dan luka baru, terutama jika tidak ada ubat lain. Tanah yang bersifat dingin dan kering yang ada diseluruh dunia boleh mengeringkan kelembapan kudis atau luka. Kelembapan ini menghalang proses semula jadi penyembuhan yang cepat, terutama di daerah panas,cuaca panas akan menambah rasa sakit terutamanya bagi orang yang sensitif pada panas.Tanah yang bersih setelah dicucikan dan dikeringkan,amat brkesan untuk meredakn panas yang disebabkn oleh luka. Ini kerana tanah yang bersih mempunyai sifat dingin dan kering, bahkan lebih dingin dibandingkan ubat-ubatan yang paling berkesan. Ini kerana ia merupakan bahan pengering yang kuat melawan kelembapan(kudis atau luka),tanah bersih(tanah liat)boleh membantu mengeringkan kelembapan kudis dan luka agar tidak menjadi bertambah besar. Tanah murni(tanah liat yang brsih)membantu mendinginkan panas dalaman organ yang sakit sehingga menguatkan kekebalan tubuh.Dengan demikian,dengan izin Allah tanah boleh menyembuhkan penyakit.
Manakala Herba & akar kayu yg kuat serta bersifat panas adalah suppressive. Simtom ekzema cepat hilang atau lega, tetapi simtom akan keluar kembali. Ia boleh menyebabkan parut, kulit tebal, kering dan kesan hitam pd kulit. Jadi herba bersifat panas kurang sesuai utk merawat ekzema.
Tanah Liat Putih mengandungi mineral-mineral semulajadi yang amat diperlukan oleh kulit untuk menjadikannya sihat dan bersih. Mineral-mineral ini akan bertindak merangsang dan melancarkan peredaran darah pada kulit. Penggunaan Tanah Liat Putih digabungkan dengan Air Mineral Semulajadi (White Clay with Natural Healing water) secara betul dan kerap akan membantu membuang sel-sel kulit mati, membuang toksin dan racun yang terdapat pada kulit, membersihkan pori-pori muka dan lain-lain. Adalah disarankan menggunakan Tanah Liat Putih ini dengan air Galian Semulajadi Ini kerana air ini akan membantu memaksimakan keberkesanannya.
Tanah liat telah dikenal dan diteliti sebagai bahan yang baik untuk kesihatan kita, baik itu digunakan secara luaran  mahupun secara dalaman. Penggunaan tanah liat dengan cara mengambilnya secara oral untuk kesihatan telah dipraktikkan sejak dahulu kala oleh orang-orang Indian di pegunungan tinggi Andes, penduduk asli Mexico, oleh suku  di Afrika Tengah dan suku Aborigin di Australia.
Dari sejarah, terapi ini sudah dikenal 4000 tahun yang lalu. Baru saja saya mendapatkan bahawa beberapa suku di Indonesia juga memakan tanah liat untuk mengubati sakit perut mereka. Jika dimakan, tanah liat juga akan membantu menghilangkan racun dalam sistem pencernaan. Buruli Ulcer (mirip dengan lepra) dan tuberculosis mycobacterium (penyakit yang memakan daging) ternyata dapat disembuhkan dengan terapi ini. Untuk luka luar, tanah liat dipakai untuk mengurangi rasa sakit dan jangkitan, baik bagi manusia mahupun haiwan.
Telah diteliti bahawa haiwan, secara semulajadi akan menjilat tanah sebagai diet seharian mereka dan berguling-guling diatasnya untuk meringankan luka mereka. Lumpur menyihatkan sapi dengan pneumonia. Doktor haiwan menggunakannya pada anjing, kucing, kuda, dan lain-lain untuk berbagai macam penyakit termasuk luka ,diarrhae, racun dan infeksi. Beberapa burung pemakan tumbuhan beracun, memakan tanah liat untuk menetralkan racun tanaman yang mereka makan.
Beberapa manfaat dari terapi tanah liat adalah untuk luka luar, colitis, diare, hemoroid, luka pada perut, masalah pada perut, jerawat, gondok,osteoporosis, anemia, kecantikan, membersihkan organ dalam, anti parasit, membersihkan racun, dan anti radiasi. Anda boleh menggunakan tanah liat sebagai terapi dengan cara menyapukannya pada bahagian yang sakit, memakan/meminumnya, atau berendam dalam baldi air yang bercampur dengan tanah liat. Apabila Anda berendam selama 30 menit dalam larutan tanah liat, logam-logam beracun dalam tubuh anda akan ditarik keluar dan diserap oleh tanah liat tersebut.
Tanah liat mengandung beberapa unsur mineral yang meningkatkan produksi enzim-enzim tertentu dalam organ kita. Kunci atas manfaat kesihatan tanah liat ada pada kandungan mineral yang terkandung di dalamnya. Ketika suku Indian Pomo dari Kalifornia menggunakan tanah liat dengan buah pohon ek yang pahit dan beracun, tanah liat tersebut menyerap racunnya dan menghilangkan rasa pahit yang ada. Jika mereka tidak memakai tanah liat, mereka akan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Dalam suatu eksperimen lab, beberapa ekor tikus percubaan diberi makan tanah liat untuk mengobati sakit perut mereka akibat keracunan. Selain itu, simpanse juga ternyata menggunakan tanah liat setelah mereka makan tanaman beracun. Penelitian atas kesan tanah liat terhadap racun menunjukkan bahawa tanah liat dapat menyerap racun dalam makanan sehari-hari kita, racun bakteria akibat gangguan parasit dalam perut, ion hydrogen dari acidosis, atau juga racun metabolic seperti misalnya hormon steroid berlebihan dalam kehamilan.

Bagaimana Tanah Liat Melindungi Kita?
Tanah Liat dilaporkan mengandung kurang lebih 67 mineral, termasuk kalsium, zat besi, magnesium, potasium, mangan, silica dan elemen-elemen trace lain. Mineral-mineral ini sangat diperlukan dalam diet (diet : pola makan) kita untuk tetap sihat. Zaman sekarang, makanan kita sungguh-sungguh tidak menjamin baik untuk kesihatan kita kerana makanan terproses yang dicipta banyak mengandungi bahan kimia dan racun merbahaya.
Melihat sejarah, umur manusia sekarang makin pendek. Bukan hanya makin pendek, tapi juga sering sakit. Kita tidak boleh hanya mengandaikan makanan saja untuk tetap sihat, karena dimana-mana, kita susah untuk terlepas dari pestiside. Sayur dan buah yang kita makan, telah tercemar dengan pestiside. Bahkan setiap tahun, jumlah pestiside yang dipakai makin lama makin meningkat, jadi kandungan pestiside dalam makanan kita makin lama makin tinggi.
Selain itu air yang ada sekarang telah tercemar dengan bahan-bahan kimia (sabun, sampu, pembersih keramik, dll), ubat-ubatan, dan pestiside. Biasanya, orang-orang memakai air yang telah tercemar untuk memasak. Walaupun Anda memasak makanan anda dengan baik, itu hanya bermanfaat untuk membunuh kuman atau bakteri. Namun kandungan pestisida dan bahan-bahan kimia itu sendiri tidak akan hilang atau hancur dengan kepanasan. Namun, kandungan nutrisi dalam makanan akan hilang 30-80% ketika dimasak.
Selain itu banyak produk makanan tidak alami yang kita konsumsi, membuat tubuh kita terpaksa untuk mengeluarkan enzim-enzim, vitamin, garam mineral dan lain-lain dalam jumlah lebih banyak untuk melindungi dan menjaga kita untuk tetap sihat. Makin banyak kita makan makanan yang tidak sehat, maka kita akan makin hilang nutrisi.
Oleh kerana tanah liat mengandung 67 mineral yang penting untuk kita, maka tanah liat boleh kita gunakan sebagai suplemen dalam diet seharian kita. Mineral-mineral tersebut akan membantu proses pencernaan kita dan membantu hormon-hormon, vitamin dan enzim untuk berfungsi dengan baik. Ketika kita gunakannya, tanah liat akan membersihkan saluran pencernaan kita dari logam-logam berbahaya, bakteria merugikan, racun dan bahan-bahan kimia.
Apa yang tidak sihat kerana makanan dan minuman kita sehari-hari itu, akan diserap dan dibersihkan oleh tanah liat. Dan hebatnya, tanah liat juga akan membantu membersihkan organ dalaman kita, seperti misalnya ginjal, hati, dan lain-lain. Oleh kerana manfaat terapinya, ramai memakai tanah liat kerana menikmati hasilnya yang luar biasa, jauh dibandingkan dengan ubat-ubatan konvensional.

Khasiat dan Manfaat Tanah Liat untuk kesihatan kulit :
Tanah Liat Turbah bersama Air Galian semulajadi juga sebagai Agen Detox Semulajadi iaitu mempunyai enzim-enzim semualajadi yang berfungsi menyerap dan membuang segala bendasing-bendasing , toxin, logam berat, dan bahan kimia yang terdapat pada kulit dan tubuh secara semulajadi. Proses penyerapan semulajadi ini akan menjadikan kulit kita sihat dan bersih. Ia juga membantu merawat jangkitan candida, untuk kesihatan oral (tooth mask) dan membantu membekalkan oxigen pada sel-sel kulit tubuh kita.
Ciri-ciri tanah liat Tubahtu-Ardhina ialah berwarna putih, sangat halus, sudah ditapis, bersih, tidak berbau dan lembut pada kulit.Tanah liat mengandungi 67 mineral termasuk silica, calcium,sodium,magnesium,iron,dan potassium penting untuk tubuh kita. Maka tanah liat boleh kita gunakan sebagai suplemen dalam diet seharian kita. Mineral-mineral tersebut akan membantu proses pencernaan kita dan membantu hormon-hormon, vitamin dan enzim untuk berfungsi dengan baik.

Berpantang dalam Islam :
  1. Islam menitikberatkan berpantang dalam membantu memulihkan penyakit kulit . Maka, pemakanan paling penting.. Amalkan makanan sunnah seperti madu,kurma, minyak zaitun, dan habbatussauda dalam diet seharian. Madu, Habbatussauda dan Kurma akan memperbaiki penghadaman anda dan meningkatkan sistem imun anda, menjadikan ia kurang berkemungkinan untuk pecah.
  1. Allah berkata di dalam surah an-Nahl ayat 69, “Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia.” Sehubungan dengan ini menurut Ibn Majah, Nabi Muhammad berkata, “Sesiapa yang meminum madu lebah pada waktu pagi, tiga kali setup bulan, dia tidak akan menghidapi penyakit berbahaya.”Madu lebah menarik perhatian ramai pakar dalam bidang kesihatan kulit. Mengikut satu laporan yang dikeluarkan oleh David Ropa daripada Thomas J. Payne Market Development untuk National Horley Board di Longmont Colorado, madu lebah dapat digunakan bagi mengeluarkan alpha hydroxyl acids (AHA) yang berfungsi meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel baru. Ia berkesan apabila digunakan sebagai agen pelembap kulit atau moisturizers. Mengikut Davld Chin, seorang pengurus pemasaran di New Jersey, syarikat Perancis Laboratoires Serobiologiques menggunakan bahan ekstrak daripada madu lebah dalam salah satu produk krim pelembapnya selama lebih daripada 20 tahun dan kajian dalam bidang ini masih berterusan. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di camping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. doktor-doktor dari Poland mem¬beritahu para perwakilan lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China berhubung keberkesanan madu lebah dalam merawat penyakit bawasir, penyakit kulit dan sakit puan. Baca maklumat lanjut berkenaan Khasiat Madu Lebah di sini :
  1. Menurut Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad berkata,”Habbatus sauda mempunyai penawar bagi semua penyakit kecuali maut.” Habbatus sauda mempunyai khasiat yang tinggi. Kajian menunjukkan ia kaya dengan asid lemak tak tepu atau unsaturated fat acids, terutamanya polyunsaturated fatty acid yangdiperlukan untuk mengeluarkan bahan prostaglandin E1 di dalam badan iaitu sumber penting dalam system ketahanan badan. Ia juga kaya dengan protein, riboflavin, kalsium, zat besi, thiamin, tembaga, fosforus dan zink. Kadar lemak tepu di dalamnya adalah 18.1 peratus berbanding lemak tak tepu bentuk monounsaturated 23.8 peratus dan polyunsaturated 58.1 peratus. Di antara asid lemak yang terdapat di dalamnya adalah asid yang tidak dikeluarkan oleh badan manusia iaitu, alpha-linolenic acid atau omega-3, dan linoleic acid atau omega-6. Di samping itu, ia juga mengandungi 35 peratus karbohidrat dan serat dan 15 asid-asid amino, termasuk lapan daripada sembilan asid amino asas yang tidak dikeluarkan oleh badan manusia. Ia juga mengandungi arginine yang diperlukan bagi pertumbuhan bayi dan carotene yang diperlukan bagi pengeluaran vitamin A. Habbattus sauda juga mempunyai kesan antihistamine yang boleh dimanfaatkan bagi mengawal proses alahan di dalam badan. Baca maklumat lanjut berkenaan Habbatussauda di sini :
  1. Ambil makanan wholefoods yg asli yg bebas kimia sedaya upaya. Kalau tak boleh, buat setakat yg termampu , sekurang-kurangnya dapat mengurangkan simptom penyakit. Elak hydrogenated vegetable oil (HVO) seperti majerin, non-diary creamer, shortening, krimer, susu pekat manis dan makanan yg mengandunginya seperti roti canai, ayam goreng segera dsb. HVO menyebabkan darah berasid, darah pekat, kuman senang membiak, edaran darah terganggu, pengumpulan bahan toksik dalam sel, tisu, organ.. Jadi bertambah sukar merawat psoriasis. Ganti dengan Butter susu asli 100% seperti Anchor, SCS atau minyak sapi asli 100% atau minyak masak sayuran asli yg cecair sepenuhnya (bukan semi solid oleh proses penghidrogenan asid lemak seperti majerin, lepa susu, buttercup, susu pekat manis, krimer dsb ).
  1. Elak ayam daging yg ada vaksin, hormon dsb. Juga penting jangan makan daging lembu sebab ia menyebabkan darah kotor dan pelbagai penyakit termasuk kulit, kanser , kuman. Makan lah daging kambing sebaiknya lamb yg masih baru warna merah lagi. Jangan beli yg lama sehingga warna bertukar gelap kehitaman. Makan ayam kampung dan organik. Telor kampung boleh makan 2 biji seminggu.
  1. Jangan makan benda yg berperam spt belacan, ikan pekasam, ikan masin jeruk, ikan yg tidak dibuang perut, budu, cencaluk, kicap.
  1. Jangan makan ikan gatal spt kembung, cencaru, ikan keli bela, tilapia, tongkol, kerang. ikan lama yg sudah tidak segar pun elok elak.6. Elakkan daripada menggaru. Pastikan anda kuku yang dipotong atau memakai sarung tangan untuk membantu melawan godaan. Memakai pakaian sejuk, bertekstur licin bagi mengelakkan kulit merengsa.
  1. Zink adalah mineral yang boleh membantu untuk mengurangkan jerawat ekzema. Ia adalah penting tetapi anda tidak perlu mengambil lebih daripada tiga puluh miligram zink setiap hari. Terlalu banyak zink ke dalam sistem anda boleh menyebabkan anda kekurangan kuprum, yang seterusnya membawa kepada masalah kesihatan lain.
  1. Perlu selalu ambil air mineral beralkali atau air bertapis yg kaya mineral. Elakkan air berasid spt air R.O, air paip tak bertapis, air kotak atau tin yg bergula putih & mengandungi aditif kimia.
  1. Elak drp ayam daging, telur komersial, daging lembu, burger, nugget, sausage, ikan gatal, ikan yg dibela secara komersial spt keli, tilapia, patin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan