Isnin, 26 September 2016

Pengalaman bersama Milk Story





Pengalaman menyusukan bayi memang menyeronokkan. Anak ke 3 dan ke 4 saya susukan badan dengan sepenuhnya. Anak nombor 3 sehingga 1 tahun setengah. anak ke 4 sehingga 2 tahun lebih. Saya hendak bercerita mengenai peningkatan susu saya setelah saya mencuba produk dari "The Milk Story' . Saya mencuba produk Chocolate Drink, ternyata minuman ini telah membuatkan susu bertambah. Sebelum saya mengambil produk ini susu saya tidak begitu memberangsangkan. Saya sering keletihan serta tiada semangat untuk memerah susu. Setelah saya tahu mengenai produk "The Milk Storey daripada rakan- rakan saya, saya pun mencubanya. Saya beli semasa Ekspo di Mid Valley. Setelah mendapatkannya ianya tidak sia-sia. Saya akan pastikan saya mengambil 2 gelas sehari. Seronok saya membuat stok susu kerana hasilnya memang tidak menghampakan. Bayi saya pun riang gembira kerana kenyang minum susu. tidak meragam. Tidur pun nyenyak. Chocolate dates, Chocolate rice snack, Chocolate Bar, The Milk Story Oat, Oat Cookies semua saya cuba. Ternyata memang menggalakkan. Pengeluaran susu badan saya menjadi dua kali ganda. Saya memulakan memerah susu pada awal pagi iaitu sekita pukul 4 - 5 pagi, sekali pam saya akan dapat 10 oz. Saya gunakan pump "Medela Free Style" . Saya ibu yang bekerja. Jadi bekalan booster dari The Milk Story saya pastikan akan dibawa ke pejabat. Di pejabat saya akan memerah susu sebanyak 3 sesi iaitu pukul 9 pagi , pukul 12 tengahari dan 3 petang. Memang memberangsangkan. Saya sangat teruja seronok pun ada. Penuh peti sejuk saya dengan EBM. Sekarang saya mengandungkan anak ke 5. Alhamdulillah Allah SWT masih memberikan kekuatan untuk melahirkan zuriat umat Muhammad. Jangkaan bersalin saya ialah pada hujung Jun nanti. Saya telah tanamkan hasrat dan niat untuk menyusukan bayi saya nanti secara sepenuh masa. Tidak dilupakan "The Milk Story " pasti menjadi sahabat sejati saya kembali.
"The Milk Story" is the best quality, bring inspiration to me, my baby always smiley, because she have a healthy tummy. Mummy happy daddy smiley. Together we built the family life quality.







Rabu, 24 Februari 2016

Hasilkan Batu Pemijak Pebble Wash Sendiri

Hasilkan Batu Pemijak Pebble Wash!
Laman akan tampak lebih berseri apabila di serikan dengan kehadiran batu pemijak pebble wash. Menariknya lagi anda tidak perlu lagi membelinya sebaliknya boleh hasilkan sendiri seberapa banyak yang anda inginkan. Jom cuba.


Bahan:
Batu kerikil halus (pebble wash)
Bancuhan konkrit
Acuan batu pemijak (1 kaki x 1 kaki atau mengikut saiz yang diingini)
Peralatan pembinaan
Span dan berus lembut


Langkah-langkah:
1.       Sediakan bancuhan simen dengan nisbah dua bahagian pasir dan satu bahagian simen. Air disukat berdasarkan kadar kepekatan bancuhan.
2.       Sediakan acuan yang diperbuat daripada 4 keping kayu bersaiz 2 inci lebar. Letakkan di atas permukaan rata seperti papan bagi membentuk permukaan dan dasar sekata.
3.       Masukkan bancuhan simen ke dalam acuan.
4.       Kemudian taburkan batu pebble dengan rapat
5.       Ratakan bancuhan bersama batu pebble yang telah ditaburkan.
6.       Tekan perlahan-lahan sehingga batu pebble ditutupi lapisan nipis bancuhan simen sepenuhnya.
7.       Biarkan di bawah cahaya matahari selama 1 jam.
8.       Seterusnya, condongkan papan yang mendasari acuan membentuk batu pemijak tersebut. Dengan menggunakan span yang dipenuhi air, lap permukaan dengan lembut batu pemijak tersebut.
9.       Menggunakan berus cat, berus permukaan batu pemijak secara lembut untuk menyucikan permukaan nipis simen daripada batu pebble. Setelah permukaan nipis simen selesai di sapu, keringkan batu pemijak selama sekurang-kurangnya 36 jam di bawah matahari penuh.

Batu pemijak batu pebble sedia digunakan!

Selasa, 19 Januari 2016

PENYAKIT GOUT

PENYAKIT GOUT

merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan.Asid urik adalah merupakan bahan kumuh yang  berasal daripada sejenis protein dipanggil purin.Badan manusia akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui pembuangan air kencing (urine).
Untuk pengidap gout, asid urik yang telah berlebihan tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Penyakit gout juga merupakan salah satu penyakit yang paling lama dihidapi olehmanusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada waktu dahulu penyakit gout boleh menyebabkan kemudaratan serta kecacatan, tetapi dengan adanya  kemajuan dalam bidang perubatan, penyakit gout kini boleh dikawal samada secara perubatan moden atau penawar gout .

Di bawah adalah kompilasi tanda tanda gout yang saya dapat dari artikel-artikel di internet. Ini adalah sebagai panduan asas. Jika ada salah satu tanda tanda penyakit gout tersebut segeralah berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan.
  1. Penyakit gaut kebiasaanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  2. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  3. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  4. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  5. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  6. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
  7. Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
  8. Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.
  9. penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.
  10. bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.

SELAMAT TAHUN BARU 2016

TAHUN BARU  AZAM BARU. Yer ke....


Kita boleh memimpikan kedamaian sebesar yang kita inginkan, namun jika tak ada persaudaraan, apalah arti kedamaian itu. Selamat tahun baru, selamat membangun istana kedamaian
Selamat datang tahun baru, tahun yang penuh kebahagiaan, kesenangan, kesehatan, kesuksesan, dan kedamaian
Tahun baru bagaikan membuka lembaran baru berupa kertas kosong, kertas yang akan kita tuliskan berbagai kata dan makna kehidupan yang akan datang
Selamat tahun baru dan semoga hidup kita terbebas dari keraguan dan ketakutan, digantikan oleh keberanian dan kebahagiaan
Biarkan yang lalu menjadi kenangan dan pengalaman, karena masa depan masih menanti perjuangan dan kemantapan diri kita
Kita tak bisa mengendalikan angin saat berlayar, tapi kita bisa menyesuaikan layarnya. Selamat berlayar, dan selamat menjemput takdir di tahun baru ini
Jangan sesali masa lalu, jangan mengkhawatirkan masa depan karena selalu ada harapan dan kemungkinan terbaik untuk awal yang baru
Apalah makna tahun baru tanpa disertai semangat dan optimisme baru
Hadiah terbaik untuk mengawali tahun baru ini adalah hadiah yang kita berikan atas pencapaian diri yang selama ini kita lakukan
Jadilah cahaya dalam balutan kegelapan yang kelam, jadilah inspirasi yang mampu membuat perbedaan. Selamat tahun baru 2016
Tahun baru bukanlah ajang pesta, karena yang terpenting adalah mengoreksi dan mengevaluasi kesalahan untuk menjadi lebih baik lagi di tahun mendatang
Mari berdoa, saling peduli, saling tersenyum dan berbagi untuk menyongsong pergantian tahun yang memukau
Aku selalu berharap semoga sang mentari senantiasa menyinari hatimu, kesuksesan selalu menyertaimu, dan kebahagiaan akan datang menjawab doa-doa mu di awal tahun ini
Selalu ada harapan dan jawaban atas segala impian. Selamat tahun baru untuk para pemimpi
Tahun baru berarti tujuan baru, semangat baru, dan tantangan hidup baru untuk kita semua
Berharap senyum hadir di wajahmu saat tahun baru datang
Mari melangkah dengan semangat yang lebih menggelora dan tekad yang lebih membaja dalam mengawali tahun yang penuh makna
Bulatkan tekad dan jadikan hidup mu lebih berarti di tahun ini
Gemerlapnya tahun baru takkan mampu menyaingi sinar senyum mu di hati ku. Happy new year kekasihku

Rabu, 9 September 2015

SNOWY COTTON CHEESE CAKE & MOIST CHEEZY CARROT CAKE



Saya budak baru belajar,

Suami izinkan pergi belajar buat kek



Alhamdullilah selesai …
KELAS SNOWY COTTON CHEESE CAKE & MOIST CHEEZY CARROT CAKE….
Website: www.kekcawan.com.my
WhatsApp: 019 4774 566
Lokasi: Sg Tangkas, Kajang. 5 minit dari stesen komuter UKM Bdr Baru Bangi

http://www.kekcawan.com.my for more info... :)

Hari Malaysia

Hari Malaysia

disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia danFilipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di 
negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Pada tahun ini Hari Malaysia jatuh pada 
16.09.2015 hari Rabu. Yeay cuti...


Kemerdekaan Malaysia

SEJARAH MERDEKA
TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.
MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAANMenyorot kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu pertama yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa yang berdaulat.Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat pemberontakan komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta.Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui peristiwa seperti kronologi berikut:KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka
21 Mac 1956

Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.