Ibu Yang Tertekan Melahirkan Anak Yang Lebih
Alah
Wanita yang tertekan
dengan masalah keewangan, hubungan sosial dan lain-lain melahirkan anak yang
lebih senang mendapat allergi dan asthma, penyelidik daripada US menyebut.
Penemuan ini yang di
bentangkan dipersidangan American Thoracic Society in Toronto menyarankan
tekanan pada ibu mungkin boleh memberi kesan yang berpanjangan terhadap anak.
Kajian ini menambah,
terdapat bukti yang semakin kuat yang menunjukkan tekanan perasaan yang
disebabkan oleh masalah keewangan dan perhubungan boleh memberi kesan negatif
terhadap perkembangan sistem imun kanak-kanak dan ia boleh bermula semasa dalam
kandungan lagi.” Kata Dr. Rosalind Wright dari Harvard Medical School in Boston
dalam kenyataannya.
Dia dan para
penyelidiknya mendapati ibu yang mengalami tekanan lebih kerap melahirkan bayi
yang mempunyai tahap immunoglobulin E or IgE yang tinggi walaupun ibu kurang
terdedah kepada unsur yang memberikan alahan (allergen).
Apabila kajian
terhadap binatang mendapati tekanan melipat-gandakan kesan allergen terhadap
sistem imun pada anak-anaknya, kumpulan penyelidik dari Harvard mula mengkaji
samada kesan yang sama boleh terjadi terhadap manusia.
Mereka mengukur tahap
IgE dalam darah tali pusat pada 387 bayi baru lahir di Boston.
Bayi yang ibunya
mempunyai tahap tekanan tertinggi tetapi tidak terdedah kepada unsur allergen
yang lain seperti debu dan serangga kecil (mites) dirumah tetap mempunyai IgE
yang tinggi didalam darahnya. Ia tidak berkait dengan suku kaum, tahap
pendidikan atau tabiat merokok.
Penyelidikan ini
menunjukkan corak yang sama dengan kajian yang dibuat Dr. Andrea Danese dari
University of London yang menunjukkan kanak-kanak yang mengalami masalah
dirumah, yang terdedah kepada disiplin yang teruk dan masalah seksual mempunyai
masalah radang dua kali lebih tinggi dari kanak-kanak biasa.
Unsur penyebab radang
seperti C-reactive protein, fibrinogen dan sel imun meninggikan risiko untuk
mendapat kencing manis dan darah tinggi. Ia juga mengurangkan kebolehan hormon
glucocorticoids- hormon yang bertanggung jawap mengurangkan radang dalam badan-
yang seterusnya menjurus kepada kejadian radang dan alahan dikalangan
kanak-kanak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan