Sekarang, faktor tersebut
sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan
dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.
“Penyelidikan kami
menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka
masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu membuatkan kanak menjadi
lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama
yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi
dan menyokong penyusuan badan.
Kajian awal dikritik
kerana cara ia dibuat tetapi untuk membuat penyelidikan secara saintifik yang
hanya boleh diterima pakai iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan
tidak beretika kerana ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk
menyusu badan.
Untuk mengatasi
masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic of Belaurus
dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang menyusukan badan yang
di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka menyusu badan secara eklusif
dan lebih lama.
Dalam majalah Archives
of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan setelah mengkaji
14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.
Ini memberi peluang
kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan keatas perkembangan
kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan dari segi kebijaksaan ibu.
Kajian yang di biayai
oleh Institutes of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan
yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari
kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.
Prof K membuat
evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.
Keupayaan kognitif
kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh doktor dan guru
berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan
subjek yang lain.
Pada usia 6.5,
kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih tinggi
dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan intelek
verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan
akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan penulisan.
“Kesan penyusuan badan
terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik
hangat. Sementara kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian
kami adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan dan
intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.
“Walaubagaimanapun, ia
masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu badan
disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan interaksi sosial
semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.
Long-chain fatty acids
utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth factor I, yang
didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawap terhadap perbezaan ini.
Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan emosi semasa menyusu yang
menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak. Menyusu badan juga
meninggikan interaksi diantara ibu dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan
kesan positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.
Source : http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=112:menyusu-badan-membuat-kanak-kanak-lebih-cerdik&catid=53:berita-tentang-kehamilan&Itemid=83
Tiada ulasan:
Catat Ulasan